Apr 30, 2011

a curve that sets everything straight :)



Hari ni, Im nak share sikit fakta - fakta menarik pasal SENYUM.

  • Memaksa diri untuk senyum dapat meningkatkan mood anda
Pakar psikologi mendapati walaupun kita berada dalam keaadan susah hati, kita secara tidak langsung boleh menaikkan semangat kita dengan memaksa diri kita untuk SENYUM.

  • Senyum boleh meningkatkan sistem imunisasi kita
SENYUM benar-benar dapat meningkatkan kesihatan fizikal anda, juga. Tubuh anda lebih relaks ketika anda tersenyum, mendorong kepada kesihatan serta sistem ketahanan tubuh yang lebih baik.

  • Senyum boleh berjangkit
Kajian di Sweden menyatakan orang akan sukar mengerut (dahi) apabila melihat sesuatu objek yang sedang SENYUM , menyebabkan otot - otot mereka akan membentuk satu senyuman secara tak langsung.

  • Senyuman melegakan tekanan / stress
Badan anda akan serta merta mengeluarkan hormon endorfin apabila anda SENYUM walaupun senyum yang dipaksa.Mood yang lebih baik membuatkan anda rasa lebih baik lalu mengurangkan stress.

  • Lebih mudah untuk senyum daripada mengerut.
Kajian menyatakan badan kita perlu menggerakkan lebih banyak otot untuk mengerut berbanding untuk SENYUM.

  • Merupakan 'Universal sign' yang menunjukkan kebahagiaan.
Sementara bersalaman dan pelukan membawa makna yang berbeza - beza di seluruh budaya,SENYUMAN di kenali di seluruh dunia dan dalam semua budaya sebagai tanda kebahagiaan dan penerimaan.

  • Senyum memerlukan dari 5 - 53 otot muka.
Hanya tersenyum boleh membuatkan badan anda menggunakan sehingga 53 otot muka, tapi hanya terdapat beberapa SENYUMAN yang menggunakan 5 otot muka.

  • Bayi dilahirkan dengan kemampuan untuk senyum
Bayi banyak belajar kelakuan dan bunyi dengan memerhati orang - orang di sekelilingnya, namun para saintis percaya bahawa semua bayi dilahirkan dengan kemampuan untuk SENYUM kerana bayi yang buta juga mampu tersenyum.

  • Senyuman mampu untuk 'mempromosikan' diri anda.
SENYUMAN membuatkan seseorang nampak lebih menarik, ramah, mempunyai keyakinan diri dan orang yang lebih banyak tersenyum lebih berkemungkinan untuk di promosikan xD

  • Wanita lebih banyak tersenyum berbanding lelaki
Bayi lelaki walaupun SENYUM kurang berbanding bayi perempuan, tetapi bayi lelaki lebih banyak membuat 'eye-contact' *wink-wink. Penemuan ini membuatkan para saintis untuk percaya bahawa peranan jantina cukup fleksibel.

  • Senyuman lebih menarik berbanding dengan make-up
Sebuah kajian yang dilakukan oleh 'Complete Orbit' mendapati bahawa 69% orang berpendapat perempuan lebih menarik ketika mereka SENYUM berbanding ketika mereka memakai make -up

  • Ada 19 jenis senyuman.
Penyelidik UC-San Francisco mengenalpasti 19 jenis SENYUMAN dan menempatkan mereka kepada dua kategori iaitu 'polite social smiles' yang menggunakan sedikit otot dan ' sincere felt smiles' yang menggunakan lebih banyak otot.




Last But Not Least

2 comments:

I love your thoughts !
So drop me a line...